Sayu rasanya saya bacanya dalam FB saya kongsikan juga disini

“Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia” 

6 perkara Allah sembunyikan 

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara 
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu 
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata: 

‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’ 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’ 

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir 
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’

Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’ 

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’ 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

‘Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ‘ 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .’

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah… Allah always with us

By nanakiutmiut

Novel yang saya baca hari nie

Tarlanjur Mencintaimu……saya suka puisi kat dalam nie menurut dalam buku nie puisi daripada Kahlil Gibran

CINTA yang AGUNG

Adalah ketika kamu menitikkan air mata dan 

MASIH  peduli terhadapnya

Adalah ketika dia tdak memperdulikanmu  dan

kamu MASIH menunggunya dengan setia.

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain

dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari 

berkata “Aku turut berbahagia untukmu”

Apabila cinta tidak berhasil….BEBASKAN 

dirimu….

Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya

dan terbang ke alam bebas LAGI…

Ingatlah…..bahawa kamu mungkin menemukan

cinta dan kehilangannya…tapi…ketika cinta

itu mati…kamu TIDAK perlu mati 

bersamanya…

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu

menang…MELAINKAN mereka yang tetap

tegar ketika mereka jatuh…

By nanakiutmiut

KATA-KATA HIKMAH

Baru2 nie saya terbaca kata-kata nie dalam salah satu blog dan saya suka sangat akannya. Oleh itu saya telah copy ke dalam blog saya dan pada sesiapa yang terbaca blog saya nie akan sukakannya juga.

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 
 
2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 
 
3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 
 
4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”
 
5) “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”
 
6) “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”
 
 7) “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.”
 
8) “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan
 
9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 
 
10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
 
11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
By nanakiutmiut

2012 TAHUN KESEDIHAN

Tanggal 14 Mei hari yang tidak boleh dilupakan disebalik rasa gembira kerana hari lahir saya di masa yang sama menerima berita sedih wan sebelah bapa meninggal pula al fatihah buat arwah wan saya semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.

31 Mei pula saya sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian kali nie mak mertua saya pula yang meninggal al fatihah buat arwah mak mertua saya semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman

Letih rasanya apabila menerima berita yang sama dalam bulan yang sama bulan kelahiran saya. Pasti ada hikmah disebaliknya tapi yang pasti ia sukar untuk dilupakan bulan gembira dan bulan kesedihan serentak. Ya Allah ya tuhanku kau berkati aku dan berilah aku kekuatan untuk mengharungi semua ini sesungguhnya dari mu kami datang dan dari mu juga kami kembali. amin

By nanakiutmiut